Sunday, January 10, 2010

Kebakaran Gereja

Negara kita mempunyai berbagai kaum dan agama. Pekara yang melibatkan agama perlu kita berhati-hati supaya tidak menjadi pergaduhan antara kaum. Orang Melayu yang beragama Islam bukan pengganas, mereka tidak akan bakar gereja, tetapi jika orang Melayu di tindas di negara sendiri kemungkinan pekara ini boleh berlaku. Polis perlu siasat siapa yang melakukannya, kemungkinan pekara ini sengaja diadakan oleh pihak tertentu supaya pergaduhan boleh berlaku.

Pada hari Jumaat, Imam masjid selalu berdoa supaya Allah melindungi rakyat Palestin dari kekejaman Israel.

Pemimpin Melayu sekarang, jika tidak sedar dari mimpi, maka bangsa Melayu akan datang menjadi sama seperti orang Palestin. Wahai pemimpin Melayu, memperkukuhkanlah kerajaan dan ekonomi orang Melayu supaya bangsa kita boleh hidup aman di Malaysia.

No comments:

Post a Comment